MALAYSIA TEMPAT KE-5 KUAT MAKAN IKAN DI DUNIA

Posted by Sosej Roll Blog


















Hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menunjukkan rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia, selain tertinggi di Asia Tenggara. Selain Malaysia, Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima tertinggi di dunia.

Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak, berkata ia berdasarkan hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun.


Katanya, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an. Rakyat Malaysia suka makan makanan laut. Secara tidak langsung, faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara.

Related Post



Post a Comment