‘Dia Nak Tampar Saya…. Satu Malaysia Nak Tampar Ibrahim Mat Zin’ – KJ

Posted by Sosej Roll Blog


Semalam, Mynewshub ada siarkan rakaman video tentang bomoh Ibrahim Mat Zin yang marahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hingga mengugut mahu menamparnya.
Apabila mempunyai kesempatan, pihak media tidak ketinggalan mendapatkan jawapan balas KJ berkenaan hal ini.
Di bawah, adalah rakaman video memaparkan jawapan KJ.
Biarpun kedengaran agak lucu, tetapi ada kebenaran di sebalik kata-kata KJ ini.
Kata Ahli Parlimen Rembau tersebut dengan bersahaja, “Dia seorang nak tampar saya tapi satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara!”
KJ seterusnya menyatakan dia tidak mahu lagi melayan ‘kegilaan’ bomoh Ibrahim.
Mengulas tentang kenyataannya yang dikatakan tidak menghormati Dr Wan Azizah apabila menyifatkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai ‘puppet’, KJ menyatakan dia tidak memaksudkan kenyataan itu sebagai menghina.
Sebaliknya apa yang ingin dijelaskan adalah, Wan Azizah merupakan pengganti saat akhir Penasihat PKR tersebut dalam PRK Kajang. – REM RAMZI MYNEWSHUB 

Related Post



Post a Comment