Pengamal Perubatan Islam Dedah Lokasi MH370 Mungkin Berada

Posted by Sosej Roll Blog


Pengamal perubatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar memohon kepada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) agar memanjangkan usaha ke daratan pula.
Tuan Asmawi yang ditemui Mynewshub berkata, cadangannya bagaimanapun tidak bermaksud dia mahu mengambil kedudukan sebagai peramal atau penilik nasib.
Sebaliknya ia berdasarkan penelitian yang dibuat selepas melaksanakan solat istikharah, solat hajat, solat taubat dan sebagainya sebagai ikhtiar bagi membantu merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas.
“Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.

Menurut Tuan Asmawi, harapannya itu tidak bermaksud dia memperoleh alamat melalui mimpi.
Bagaimanapun kata pengasas program terbitan Astro, Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini; Allah SWT kadangkala memberikan ilham untuk lebih memudahkan jalan.
- REM RAMZI MYNEWSHUB

Related Post



Post a Comment