Hanis Zalikha Simpan Impian Untuk Bertudung Satu Hari Nanti

Posted by Sosej Roll Blog














Aktres cantik Hanis Zalikha memaklumkan bahawa beliau menyimpan impian untuk bertudung suatu hari nanti, menurut Hanis buat masa ini ada kalanya dia akan mengenakan tudung ketika berada di luar. Tidak terdetik untuk bercerita soal ini, bagi Hanis apa yang berlaku ini lebih kepada permulaan.



““Memang saya ada bertudung kadang- kadang di luar, saya anggap ini sebagai permulaan.

“”Bercakap soal ini memang saya ada menyimpan impian untuk terus bertudung suatu hari nanti,”katanya jujur.

Ditanya apa yang menyebabkan dia bersedia untuk bertudung, bagi Hanis sukar untuk dia menyatakan keadaannya ketika ini. Bagaimanapun dia menolak untuk mengatakan ini akan memberi kesan terhadap kariernya jika dia bertudung suatu hari nanti.

““Melihat penerimaan orang kita kini, saya tidak lihat apa-apa kekurangan untuk selebriti memilih bertudung kini. Bagi saya ia lebih kepada cara hidup kita.

“”Ada peminat yang perasan saya bertudung di luar kadang-kadang, tetapi mereka tidak ada masalah pun,” katanya.

Related Post



Post a Comment