Hishammuddin Arah Siasat Kekecohan Semalam

Posted by Sosej Roll Blog


SUSULAN insiden kekecohan di Hotel Sama-Sama di Sepang semalam, kerajaan mengarahkan satu siasatan segera dilakukan.
“Saya telah mengarahkan siasatan segera berhubung insiden di bilik media hari ini (Rabu),” kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun Twitter rasminya, @HishamuddinH20.
Beliau juga berkata: “Saya memahami sepenuhnya apa yang mereka lalu. Semuanya ketika ini beremosi. Walaupun kita memahami kebimbangan mereka, kita cuba yang terbaik. Ianya begitu memilukan dan saya sendiri merasainya”.
Beliau menambah bahawa Malaysia telah melakukan “segala-galanya dalam kuasanya untuk mencari MH370.”
Insiden itu berlaku di auditorium di mana sidang media diadakan setiap hari, dan wartawan duduk di ruang legar bergegas untuk melihat apakah yang sedang berlaku.
Dipercayai bahawa sebahagian ahli keluarga penumpang MH370 mahu mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan mengenai kehilangan pesawat MH370.
Keadaan menjadi riuh dengan jeritan yang menyelubungi pusat media sebelum anggota keselamatan masuk dan mengiringi mereka ke bilik sekretariat media. –MYNEWSHUB.MY

Related Post



Post a Comment