Kamera AES Kena Selimut (2 Foto)

Posted by Sosej Roll Blog

Isu kamera AES kini semakin hangat diperkatakan sejak ia dipasang di beberapa buah negeri. Tidak cukup itu lagi, kamera AES juga turut dijadikan bahan lawak oleh kumpulan Mamu ketika berlangsungnya Maharaja Lawak Mega 2012 malam semalam. Namun ada satu cerita menarik yang admin mahu paparkan kepada anda. Terdapat dua keping gambar yang menunjukkan kamera AES telah ‘diselimutkan’ di dua lokasi berasingan. Boleh lihat gambar di  bawah ini.


Ini lokasi dari jalan Teluk Intan – Bidor. Kamera ini telah diselimutkan. So tak boleh nak flash lagi.
Manakala gambar kedua :


Ini lokasi yang di ambil di  di Jalan Persekutuan Tapah-Kampar berhampiran Temoh, Perak. Kamera ini juga telah diselimutkan.
Dan kemungkinan besar kamera-kamera AES di seluruh Malaysia akan terus diselimutkan bagi melindungi kepentingan dan keselamatan poket pengguna jalanraya khususnya di Perak.  
Sejujurnya ini tindakan protes paling cerdik. Aku puji. Kita takyah rosakkan AES. Rosakkan AES last2 kena keluar duit kita balik untuk ganti apa bagai. Cukup tutup or cover pancaran flash dorang dari terus memlash. Apa punya bahasa da? Pening aku melayukan english.

Related Post



Post a Comment