Laporan: Rakit ditemui di PD bukan dari MH370

Posted by Sosej Roll Blog


Satu pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) gagal menaikkan satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang yang ditemui sekumpulan nelayan di perairan Port Dickson.

Laporan Berita Harian yang memetik kenyataan seorang jurucakap APMM menyebut, satu pasukannya dihantar ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM,” laporan itu dipetik.

Seorang dari nelayan terbabit, menemui objek dengan tulisan “boarding (menaiki pesawat)” itu ketika keluar menangkap ikan, tengahari semalam.

Individu bernama Azman itu berkata, objek yang ditemui kira-kira 10 batu nautika dari pantai itu tidak dapat dinaikkan ke dalam bot mereka kerana terlalu berat.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor.

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya yang berpendapat ia mungkin boleh menjadi petunjuk untuk operasi mencari MH370.

Akhbar New Straits Times dalam satu kiriman SMS petang ini menyebut, ketua penguatkuasa APMM Kuala Linggi mengesahkan bahawa rakit penyelamat itu bukan dari pesawat MH370.

Related Post



Post a Comment