Versi bercanggah mengenai pasport curi

Posted by Sosej Roll Blog

Jabatan Imigresen dan Interpol mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai pasport curi yang digunakan oleh dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.
Bercanggah dengan versi Interpol, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk
Aloyah Mamat (kiri) berkata pasangan itu masuk ke Malaysia, masing-masing menggunakan pasport Itali dan Austria.

Aloyah berkata, Pouria Nourmohammadi, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Februari pada jam 8.28 malam dan mengemukakan pasport Austria.

Rakyat Iran kedua, Delavar Seyed mohammaderza, 29, tiba di KLIA pada 7 Mac jam 10.43 malam dengan pasport Itali.

Aloyah berkata kedua-dua lelaki dibenarkan masuk ke Malaysia berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh pegawai imigresen yang tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

Bagaimanapun, versi Interpol pula, seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata kedua-duanya datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan pasport Iran.

Berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Interpol, Ronald Noble, mereka hanya menggunakan pasport curi di Malaysia apabila menaiki penerbangan China pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan rasmi, Interpol juga menyatakan bahawa Biro Pusat Kebangsaan di Tehran mengesahkan identiti dua warga Iran itu "menggunakan pasport tulen untuk perjalanan ke Kuala Lumpur".

Related Post



Post a Comment