Malaysia Airlines, Penumpang Dan Anak Kapal #MH370 Dibayar RM456.7 Juta Insurans Awal

Posted by Sosej Roll Blog


Syarikat Malaysia Airlines (MAS) selaku pemilik pesawat Boeing 777-200 MH370, semua penumpang dan anak kapal sudah dibayar €100 juta Euro (RM456.7 juta) oleh syarikat insurans sebagai wang liabiliti awal.
Agensi berita Reuters memetika akhbar harian Jerman, Handelsbatt yang Allianz adalah syarikat insurans utama yang memberi perlindungan kepada pesawat berkenaan bersama beberapa syarikat insurans lain.
Menurut laporan berkenaan, pembayaran itu dilakukan bagi menepati perjanjian yang ditandatangani dengan broker insurans, Willis dan ia selari dengan prosedur biasa dalam pasaran insurans.
“Ia obligasi syarikat insurans apabila sesuatu pesawat dilaporkan hilang,” kata laporan itu.
Pesawat penerbangan MH370 yang hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu itu membawa 12 anak kapal bersama 227 penumpang dari pelbagai negara. – MYNEWSHUB.MY

Related Post



Post a Comment