MH370: Laman web dedikasi buat juruterbang, Kapten Zaharie

Posted by Sosej Roll Blog

MH370: Laman web dedikasi buat  juruterbang, Kapten Zaharie
Kapten Zaharie Ahmad Shah
KUALA LUMPUR:Sharelor.netmengadakan satu laman khas bagi menghargai dan memberi penghormatan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dan anak-anak kapal pesawat MH370.

Antara yang terkandung di dalam laman web itu adalah  artikel yang bertajuk,TRIBUTE: Who exactly is Malaysia Airlines Captain Zaharie Shah of MH370?, yang antara lain menceritakan siapa sebenarnya Kapten Zaharie.

Digambarkan sebagai seorang yang berani, Zaharie 53, turut mempunyai minat mendalam di dalam pesawat berkawalan jauh.

Artikel ini sedikit sebanyak membawa orang ramai mengenali siapa sebenarnya Kapten Zaharie yang dikagumi ramai ini.

Penulis artikel berkenaan juga menafikan khabar angin mengenai simulator yang dimiliki Zaharie.

Selain itu, gambar-gambar hasil masakan Zaharie juga dipaparkan sebagai salah satu hobinya di masa lapang.
kapten zaharie

Sejak kejadian pesawat MH370, Zaharie memiliki seramai 2,212 pengikut di akaun Twitterny awalaupun tidak pernah menulis sebarang tweet.

Rata-rata orang ramai mengagumi pengalamannya dan mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal MH370.

Zaharie merupakan juruterbang yang mengemudi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing tujuh hari lalu.

Sementara itu, dalam laman portal yang sama, tulisan mengenai beberapa anak-anak kapal yang lain iaitu Pegawai Pertama Juruterbang, Fariq Ab Hamid, Ketua Pramugara Andrew Nari, Ketua Pramugari Goh Sock Lay, pramugara Junaidi Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, dan Tan Size Hiang turut dimuatkan.

Related Post



Post a Comment