Noorida diraikan dalam jamuan perpisahan bersara sebelum ke Beijing

Posted by Sosej Roll Blog

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diraikan dalam sebuah jamuan perpisahan pada tengahari Jumaat lalu kerana akan bersara, beberapa jam sebelum beliau menaiki pesawat MH370 ke Beijing yang hilang pada awal Sabtu.

Noorida Mohd. Hashim, 57, akan bersara pada 1 April ini dan telah mula bercuti sejak 1 Mac lalu.

Pengarah jabatan itu, Dr. Hayati Abdullah berkata Noorida tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara semasa jamuan itu cuma raut wajahnya sedikit sedih kerana akan bersara.

``Kami terperanjat apabila mengetahui Noorida merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat yang hilang itu.

``Pada mulanya kami berharap berharap nama Noorida tiada dalam senarai namun apabila namanya disahkan, apa yang kita boleh buat sekarang hanya berharap semuanya selamat,'' katanya ketika dihubungiAstro AWANIdi sini.

Noorida Mohd Hashim

Dalam pada itu kata Dr. Hayati, jabatannya juga sudah mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan Noorida, semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 pada pagi Isnin.

Semakan di laman web DBKL mendapati Noorida bekerja sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di jabatan berkenaan.

Sementara itu tambah Dr. Hayati, pelbagai spekulasi yang tersebar melalui media sosial yang berbeza dengan laporan berita meresahkan rakan-rakan Noorida.

``Kita perlu timbang perasaan keluarga yang terlibat dan memikirkan kesan jika terlampau banyak percanggahaan laporan orang awam berbanding media massa rasmi,'' ujarnya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi selain 12 anak kapal dilapor hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi Sabtu.

Noorida terbang ke Beijing bersama kakaknya, Datin Biby Nazli Mohd Hassim, 62, dan dua anak saudaranya Maria, 32, dan Dina, 30 yang merupakan isteri dan anak-anak Pengerusi Kumpulan Modal Perdana, Datuk Mohamed Ramli Abbas.

Related Post



Post a Comment