PASIR PUTEH: Tompokan minyak yang ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM disahkan bukan milik pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Wilayah Timur APMM, Admiral Pertama Datuk Nasir Adam pada sidang media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh, Kelantan, petang tadi.
Menurutnya, ujian ke atas sampel itu adalah negatif dan bukan daripada pesawat MH370.
Sebaliknya, katanya, sampel tompokan minyak itu merupakan lebihan minyak yang dilepaskan oleh kapal berlayar di perairan tersebut.
Tompokan minyak itu ditemui di kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Kota Bharu pada 11 pagi Ahad.
Ia dikatakan meliputi kawasan yang agak luas dan berada 20 batu nautika dari kawasan pesawat MH370 terputus hubungan.
Astro AWANI awal petang tadi telah diberitahu oleh seorang jurutera marin bahawa tompokan minyak tersebut tidak mungkin merupakan minyak yang digunakan oleh pesawat penerbangan tetapi "100 peratus pasti" minyak daripada sumber yang lain.

Post a Comment