Kuala Lumpur – Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menggunakan isu ‘Raja Bomoh’ ketika berceramah di Kajang menimbulkan kemarahan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin.
Menurutnya tindakan tersebut tidak wajar kerana walaupun pilihan raya ini bagus namun jangan menggunakan namanya untuk meraih populariti.
Ibrahim turut mendakwa, Anwar adalah jenis ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.
“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan sama malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal.
“Dia cakap dalam parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan.” - www.suara.tv
Post a Comment