Alasan Wanita Solat Dan Baca Al-Quran Atas Jejambat

Posted by Sosej Roll Blog

PETALING JAYA:  Gambar wanita berkenaan mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari Sabtu hingga menjadi viral apabila dia yang lengkap bertelekung sedang membaca al-Quran di atas sejadah ditepi jalan.
2
Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.


Mendakwa mendapat ‘mendapat alamat melaui mimpi‘, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa sesuatu perkara yang tidak baik lalu bertindak bersembahyang di merata tempat.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurut Zainuddin, wanita yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu jurucakap HKL mengesahkan wanita itu kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. -mStarOnline
Laporan dari SinarHarian:
“Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.
Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.
“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.
Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.
Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.
“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Related Post



Anonymous said...

Sememangnya hidayah dari Allah ataupun silap menuntut ilmu?

Post a Comment