Video Menyentuh Hati Kanak-Kanak Kesejukan Di Hentian Bas

Posted by Sosej Roll Blog


Seorang budak lelaki duduk menggigil kesejukan di sebuah perhentian bas di Ibu Kota Oslo, Norway. Dia tidak memakai jaket. Suhu udara di bandar itu boleh mencapai 10 darjah celcius di musim sejuk.

Sebuah kamera tersembunyi merakam adegan semasa budak berusia 11 tahun bernama Johannes Lonnestad Flaatan itu menunggu di perhentian bas di pinggir jalan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail.

Video dibuat lembaga amal SOS Children Village itu merupakan sebahagian daripada kempen untuk mendapatkan dana bagi kanak-kanak mangsa Perang Syria. Video itu ingin menunjukkan bagaimana kanak-kanak pelarian Syria sering kesejukan di kem pelarian dan memerlukan bantuan kemanusiaan. Sebahagian besar kanak-kanak itu menjadi pelarian tanpa pakaian untuk menghangatkan tubuh mereka di musim sejuk.

Video itu diakhiri dengan mesej: "Apakah anda orang yang mahu membantu ketika orang lain memerlukan pertolongan?"

"Orang ramai mesti ambil berat kepda kanak-kanak di Syria seperti mereka ambil berat kepada Johannes," kata ketua maklumat SOS Children Synne Ronning.

Menurut Johannes yang menjadi sukarelawan dalam pembikinan video itu, hanya tiga orang dari puluhan orang yang tidak mahu menolongnya.

"Di luar sana masih banyak orang baik," kata beliau. "Kami membuat filem ini selama dua hari dan saya menduga hanya tiga atau empat orang mahu memberikan jaketnya. Ternyata banyak orang, lebih dari yang ditayangkan di video."

Baru tiga hari dimuat naik ke laman web YouTube, video menyentuh hati itu sudah dilihat sembilan juta orang.

Sejak konflik Syria berlaku pada Mac 2011, lebih daripada dua juta rakyat Syria, separuhnya kanak-kanak, terpaksa menjadi pelarian meninggalkan rumah mereka pergi ke negara-negara jiran seperti Lubnan, Turki, Jordan, dan Iraq.

Mereka terpaksa melalui musim sejuk dengan keadaan seadanya di pelarian.

Video menyentuh Johannes kedinginan berikut ini barangkali boleh menghangatkan hati anda. Saksikan tayangannya.

           

                                                         SUMBER

Related Post



Post a Comment