Ragbi Piala Agong : Terengganu Naib Juara

Posted by Sosej Roll Blog


Pasukan ragbi Terengganu.

Terengganu gagal mencipta sejarah apabila kalah 29-10 kepada Sabah pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, semalam.

Pengurus pasukan Amir Amri Mohammad berkata, pasukan negeri itu tidak bernasib baik apabila dua pemain utamanya terkeluar akibat kecederaan di samping tiga pemain import dari Fiji gagal menunjukkan keserasian dalam perlawanan.

“Ini kali pertama Terengganu masuk final Piala Agong sejak dipertandingankan 32 tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Terengganu tidak kecewa dengan kegagalan itu malah bangga dengan pencapaian itu.-TEGANUKITA

Related Post



Post a Comment