SINGAPURA: Harga minyak naik pada awal dagangan hari ini sejajar dengan peningkatan saham di pasaran Asia kerana pelabur menjangkakan kontrak minyak mentah Brent akan kekal di atas AS$60 hingga hujung bulan ini.
Indeks MSCI yang mengesan purata indeks Asia Pasifik kecuali Jepun naik 0.3 peratus pada awal dagangan manakala Nikkei, Jepun naik 0.4 peratus atau 64.13 mata kepada 17,685.53 dalam minggu dagangan pendek kerana Jepun akan bercuti Krismas mulai esok.
Kontrak Brent bagi penghantaran Januari naik kepada AS$62.04 (RM215.50) setong manakala kontrak minyak AS, WTI naik 69 cents kepada AS$57.82 (RM201) setong.
Penganalisis berkata, Brent mendapat sokongan belian selepas mencecah paras AS$60 (RM208), terendah dalam lima setengah tahun, pada awal bulan ini, kerana peniaga yakin paras harga itu akan kekal hingga hujung bulan ini.
Penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao berkata, harga Brent akan mendapat sokongan pada paras AS$60.77 (RM211) dan kini sedang dalam arah aliran meningkat dengan harga sasaran pada AS$63.52 (RM221). - Reuters
Related Post
Berita- PKR, DAP Sabah beku kerjasama politik dengan Pas
- Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)
- QZ8501: Banyak Lagi Serpihan Pesawat, Barang Penumpang Ditemui
- Mangsa banjir di enam negeri cecah 225,000
- Minggu penangguhan persekolahan tidak perlu diganti - TPM
- Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir
- Feri Bawa 466 Penumpang Terbakar
- Disaat Kelantan Ditengelami Air Ada Juga Manusia Binatang Yang Sanggup Edit Gambar Tok Guru Nik Aziz
- Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara - Najib
- Dakwaan wanita bertudung dilapah, palsu sememang nya tidak benar
- Jenazah Nor Hayati Telah Ditemui, Suaminya Masih Dicari
- Wanita Cun Ini Ialah Pelakon Bayi Matahari Dalam Teletubbies
- Johor Mula Dilanda Banjir
- Selangor Luluskan RM1.5 juta Bantuan Banjir Kepada Empat Buah Negeri Terlibat
- Sambutan Ambang Tahun Baru Ambank dibatalkan, dana disalur ke mangsa banjir
- Kit Siang Ugut Boikot Mesyuarat Pakatan Rakyat Jika PAS Teruskan Hudud
- Pemilik Proton Suprima S Bangga Dapat 'Tapau' Honda Civic Type R Di Highway Karak
- Pengalaman ngeri gadis dirompak, dipukul dan hampir dirogol di Stesen Komuter Batang Benar, Nilai, N.Sembilan
- 45,000 Mangsa Banjir melibatkan 5 Negeri
- Pelajar Tingkatan Enam Dibenar Pakai Kasual Dengan Bersyarat
- G.Palanivel Perlu Panggil EGM – Vell Paari
- Jangan sabotaj ekonomi apabila harga minyak diturunkan
- Hudud: Perang dingin pemimpin pembangkang memuncak
- PKR Sahkan ADUN Inanam Mahu Letak Jawatan
Post a Comment