“Sebilah pisau yang berada dalam simpanan lelaki itu turut dirampas. Dia kemudiannya direman tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Disember depan.
“Kejadian itu dipercayai bermotifkan rogol. Mangsa melawan dan tindakannya itu mendorong suspek melakukan serangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Seorang lelaki berusia awal 20-an ditahan pagi ini bagi membantu siasatan kes tikam dua beranak di Taman Harapan, Kuala Kedah pada 18 Disember lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, lelaki yang berasal dari Kuala Kedah itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi.
“Sebilah pisau yang berada dalam simpanan lelaki itu turut dirampas. Dia kemudiannya direman tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Disember depan.
“Kejadian itu dipercayai bermotifkan rogol. Mangsa melawan dan tindakannya itu mendorong suspek melakukan serangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rabu lalu, Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anak perempuannya, Nur Amira Ashaari, 22, mengalami kecederaan parah akibat ditikam seorang lelaki yang memecah masuk rumah mereka kira-kira pukul 3 pagi.
Suspek dipercayai memasuki bilik Nur Amira di bahagian belakang rumah yang menyebabkannya tersedar dan melawan sebelum dicekik.
Panik dengan keadaan itu, suspek menikam Amira di dada dan mengelar tangannya sebelum menikam perut Adriana.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 459 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan menyebabkan kecederaan.
“Difahamkan, mangsa sering melihat suspek kerana tinggal di taman bersebelahan,” katanya.
Sementara itu, tunang Nur Amira, Mohd. Asraf Mohd. Saad, 25, memberitahu, gadis itu berasa lega sebaik dimaklumkan mengenai tangkapan tersebut.
“Amira masih trauma dengan kejadian itu dan dia seboleh mungkin tidak mahu mengingati kejadian itu lagi.
“Kami berharap suspek akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya kedua-dua mangsa ketika ini berada dalam keadaan stabil dengan Amira dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini sementara Ardiana yang sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah sudah dipindahkan ke wad biasa. -utusan
Post a Comment